JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Program LINUS

Perihal Program:



National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.


Matlamat :

Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Literasi = celik huruf
Numerasi = celik nombor

Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis)


Definisi Literasi


Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .


Objektif Program

Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat :


i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.


ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran


iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung.


Pendekatan Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis. Guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts