Program ini dirancang untuk
merealisasikan proses kemenjadian murid dalam membentuk mereka supaya lebih
bermotivasi, bersemangat serta dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang masih
wujud di dalam diri mereka. Dengan adanya program ini, adalah amat diharapkan
agar murid-murid dapat menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin
untuk menjadikan diri mereka lebih berjaya.
Murid yang berjaya ialah murid yang
sentiasa berusaha dan berfikiran positif untuk terus tidak jemu mencari ilmu
pengetahuan. Ditambah dengan unsur-unsur yang instrinsik dan ekstrinsik yang
berterusan akan menjadikan murid lebih menuju ke arah yang lebih cemerlang.
Inisiatif yang di ambil bukan sahaja akan dapat meningkatkan prestasi dan
kualiti murid malah dapat meningkatkan dan mengharumkan nama sekolah. Usaha
yang seiringan daripada semua pihak akan membuahkan hasil yang lumayan kepada
semua
Ribuan terima kasih di ucapkan
kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan proram ini. Pihak sekolah juga
ingin memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan yang tidak dapat
dielakkan.
No comments:
Post a Comment