JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 15 (SESI PETANG)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 10 Julai 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula pada jam 5.40  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Ustazah Siti Suriati.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 15 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Suriayati
  2. Cikgu Syamil
  3. Cikgu Rinawati
  4. Ustazah Juslinda
  5. Cikgu Afifah

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kegembiraan-kebersamaan.  Selain itu, beliau juga memaklumkan kepada murid tentang program KeseBa (bantu baca) yang akan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula minggu ini.Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PERASMIAN MINGGU PANITIA SAINS DAN MATEMATIK

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan Minggu Panitia Sains dan Matematik.  Majlis tersebut telah dikemudi oleh cikgu Faziha.  Beliau memberikan penjelasan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini oleh panitia Sains dan panitia Matematik.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya berjaga-jaga dengan wabak yang sedang tular iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).
  2. Meminta murid menjaga kesihatan dan jika tidak sihat tidak perlu ke sekolah.
  3. Menerangkan tentang minggu pantia sains dan matematik yang akan dijalankan pada minggu ini serta mengaitkan matematik dan sains dalam kehidupan seharian murid.
  4. Merasmikan majlis pelancaran Minggu Panitia Sains dan Panitia Matematik dan melaksanakan gimik pelancaran. 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

SITI SURIATI BINTI ABDULLAH

Ketua Guru Bertugas Minggu 15



LAMPIRAN BERGAMBAR










Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts