JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 25 (SESI PETANG)

 Pada 25 September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan Mariam binti Ibrahim.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 25 persekolahan, iaitu:

  1. Encik M. Shahrizam
  2. Puan Raslinda
  3. Puan Rasina
  4. Puan Faziha
  5. Cik Noor Syazwani

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kebaikan Budaya Memberi Salam. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya mengamalkan budaya memberi salam kepada guru-guru, rakan-rakan dan keluarga.
  2. Beliau mengucapkan tahniah di atas usaha dan kejayaan guru-guru dan murid-murid pada Kejohanan Sukan  SKTTPP2 pada hari Sabtu 23/9/2023.
  3. Beliau berharap agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat diberi focus dengan baik setelah selesainya KESUTRA 12.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MARIAM BINTI IBRAHIM

Ketua Guru Bertugas Minggu 25

  


LAMPIRAN BERGAMBAR










 

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts