JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 35 (SESI PETANG)

 Pada 04 Disember 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perasmian bermula awal kerana perasmian minggu Pusat Sumber Sekolah(PSS).

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu En.Muhamad Amirul bin Md Arif. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 35 persekolahan bermula 4 Disember 2023 – 8 Disember 2023, adalah:

  1. Encik Muhamad Amirul
  2. Puan Wan Shafifah. K.
  3. Puan Nur  Fasihah
  4. Puan Mawadah
  5. Cik Norhayati
  6. Puan Nurlina 

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Kasih Sayang – Saya Anak Malaysia. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah terutama berkaitan peningkatan jumlah kes covid-19 di Malaysia. Di samping itu, beliau menegaskan berkaitan sikap pengawas yang perlu tegas dalam menjalankan tugas.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN ROBOTIK

Penerangan mengenai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 24 – 26 November yang merupakan pertandingan terbesar di Malaysia bertempat di Pearl Point Shopping Mall, Kuala Lumpur. Sktpp2 berjaya mendapat tempat ke 23 daripada 100 penyertaan. Walaupun tidak menjuarai pertandingan tersebut pihak sekolah ingin memberi penghargaan atas penyertaan 3 orang murid dalam pertandingan tersebut.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH (MINGGU PSS)

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya sepanjang aktiviti yang dijalankan dalam minggu PSS iaitu pada 20 November – 30 November 2023.

UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz  Hafidzuddin bin Yahya, Ketua Disiplin SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah.
  2. Beliau juga mengingatkan  supaya murid tidak bermain ditempat yang mendatangkan bahaya semasa rehat dan semasa berkumpul di dewan terbuka.
  3. Mengingatkan murid supaya menjaga perilaku dan adab ketika bersama dengan guru serta rakan-rakan didalam kawasan sekolah.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.



Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMAD AMIRUL BIN MD ARIF

Ketua Guru Bertugas Minggu 35



LAMPIRAN BERGAMBAR
























Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts