JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 34 (SESI PETANG)

 

Pada 27 November 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.40 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan Nur Rahayu binti Yusof.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 34 persekolahan, iaitu:

  1. Cik Rena
  2. Puan Siti Sarah
  3. Puan Salmi
  4. Puan Normah
  5. Encik Khairul Anuar

 

Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah. Majlis diteruskan dengan menjemput wakil guru bagi menyampaikan maklumat berkenaan  Minggu Panitia Pendidikan Moral oleh Cikgu Salmizi. Beliau memberitahu tentang aktiviti-aktiviti yang akan dipertandingkan sepanjang Minggu Panitia Pendidikan Moral. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan:

Pertandingan Berkumpulan

●Tahun 1- Pertandingan Mewarna Poster 'Hidup Ceria'

●Tahun 2 - Menghasilkan kad ucapan. 'Sayangi Keluarga'

● Tahun 3 - Menghasilkan origami haiwan. 'Sayangi Haiwan'

 Perasmian Minggu Panitia Pendidikan Moral dirasmikan oleh Ustaz Md Noor Bin Billak, Penolong Kanan Petang.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2. Beliau berharap Minggu Panitia Moral berjalan dengan baik sepanjang minggu ini.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NUR RAHAYU BINTI YUSOF

Ketua Guru Bertugas Minggu 34


LAMPIRAN BERGAMBAR









Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts