MAJLIS PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2025
TARIKH : 28 APRIL 2025
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 - 9.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majlis pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah SKTPP2 telah diadakan pada 28 April 2025 bertempat di Dataran Perhimpunan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Sarjan Puwaneswaran A/L Margaya dari Cawangan Jsj Ipd Sepang dan turut dihadiri oleh Sarjan Danny Kapung dari Balai Polis Putra Perdana. Majlis diserikan lagi dengan gimik lakonan pendek oleh murid-murid, simbolik penyarungan vest kepada wakil pengawas KPJ tahun 4, 5 dan 6. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara memotong riben sudut info KPJ yang memaparkan maklumat pengurusan dan aktiviti-aktiviti berkaitan kelab.
Semoga dengan ini, matlamat penubuhan KPJ iaitu membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka dapat direalisasikan. Akhir kata, adalah diharapkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah dapat diwujudkan.
No comments:
Post a Comment