PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA 1)
Program ini telah di adakan pada 15 dan 16 Julai 2011, bertempat di Pusat
Sumber, SKTPP 2 di bawah Unit Bimbingan
dan Kaunseling dengan mendapat kerjasama
daripada AJK Kecemerlangan UPSR. Seramai 130 orang calon peserta perintis UPSR
sekolah ini telah menyertai Program Teknik Menjawab UPSR bagi Fasa yang
pertama.
Program ini dirancang untuk
merealisasikan proses kemenjadian murid dalam membentuk mereka supaya lebih
bermotivasi, bersemangat serta dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang masih
wujud di dalam diri mereka. Dengan adanya program ini, adalah amat diharapkan
agar murid-murid dapat menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin
untuk menjadikan diri mereka lebih berjaya.
Murid yang berjaya ialah murid yang
sentiasa berusaha dan berfikiran positif untuk terus tidak jemu mencari ilmu
pengetahuan. Ditambah dengan unsur-unsur yang instrinsik dan ekstrinsik yang
berterusan akan menjadikan murid lebih menuju ke arah yang lebih cemerlang.
Inisiatif yang di ambil bukan sahaja akan dapat meningkatkan prestasi dan
kualiti murid malah dapat meningkatkan dan mengharumkan nama sekolah. Usaha
yang seiringan daripada semua pihak akan membuahkan hasil yang lumayan kepada
semua
Ribuan terima kasih di ucapkan
kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan proram ini. Pihak sekolah juga
ingin memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan yang tidak dapat
dielakkan.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2010
Kami warga SKTPP2 merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada
atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Semoga kecemerlangan tuan/puan menjadi sumber inspirasi kepada warga SKTPP2 untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, sukan, permainan, kokurikulum dan kerjaya guru. Syabas dan tahniah.
1. PN. SABARIAH BT ISMAIL
2. PN. ZURIDAH BT MOHD ALI
3. PN. NURUL ASHIKIN BT MOHD NOR
4. PN. LEE SAU MEI
atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Semoga kecemerlangan tuan/puan menjadi sumber inspirasi kepada warga SKTPP2 untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, sukan, permainan, kokurikulum dan kerjaya guru. Syabas dan tahniah.
Program LINUS
Perihal Program:
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Matlamat :
Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.
Literasi = celik huruf
Numerasi = celik nombor
Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis)
Definisi Literasi
Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .
Objektif Program
Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat :
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran
iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung.
Pendekatan Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis. Guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

PEMAKAIAN 'BUTTON BADGE' UNTUK MURID TAHUN 6

Untuk menambahkan lagi semangat dan keyakinan murid-murid tahun 6 SKTPP2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi, AJK Program Peningkatan Tahun 6 telah menempah 'Button Badge' yang tertulis kata-kata perangsang "SKTPP2 5A BOLEH!" untuk disematkan pada baju murid-murid sepanjang sesi persekolahan. Semoga murid-murid lebih bersedia dan yakin untuk menduduki peperiksaan UPSR itu nanti.
PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS TAHUN 1 & TAHUN 2
Pada hari Sabtu, 16/7/2011 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga murid LINUS tahun 1 dan tahun 2. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap program LINUS disamping dapat berkongsi cadangan dan kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid LINUS. Diharap perjumpaan ini dapat memberikan cahaya kepada murid LINUS untuk masuk ke aliran perdana.
Sesi cadangan dan penambahbaikan dipengerusikan oleh Pn. Siti Hanim.
Perbincangan guru LINUS bersama ibu bapa/penjaga.
Peps' Talk
Ladap, Blog, EduWeb

Memandangkan pihak sekolah telah ada talian internet di bilik guru dan pejabat baru-baru ini, maka satu LADAP telah dijalankan pada 13 Julai 2011 (Rabu) tentang kepentingan Ladap, Blog dan EduWebs. Ladap tersebut telah disampaikan oleh Pn. Zulastri, Pn. Siti Raudhah, Pn. Suria dan Pn. Norhafizah. Terima kasih diucapkan kepada En. Md Zohri b. Saluki kerana telah berusaha menyediakan kemudahan internet di sekolah ini.