JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1444H / 2023

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Makluman cuti sempena Hari Raya Aidiladha  adalah selama 5 hari bermula 28 Jun 2023 hingga 2 Julai 2023 ( Rabu - Ahad ).

Sesi pengajaran dan pembelajaran akan bersambung pada  Isnin (3 Julai 2023).

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1444H.




Share:

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14 SESI 2023/2024


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Makluman Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-14 sesi 2023/2024 yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu, 24 Jun 2023 bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2. Diharapkan program yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT. 



Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 12 (SESI PETANG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 19 Jun 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara, dan Ikrar Sekolah yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Cikgu Siti Baizura Binti Saarani.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid nama guru yang bertugas untuk minggu ke 12 persekolahan, iaitu:

  1. Ustaz Yamin
  2. Ustazah Marshida
  3. Cikgu Zauiyah
  4. Teacher Azimah
  5. Teacher Anis

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu nilai bertanggunggjawab: penggunaan gajet mania.  Murid memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Sentiasa menjaga nama baik sekolah dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  2. Mewar-warkan kepada murid berkenaan Pertandingan Mewarna di Putrajaya yang akan berlangsung pada 25 Jun 2023

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

 

Laporan Disediakan Oleh,

SITI BAIZURA BINTI SAARANI,

Ketua Guru Bertugas Minggu 12.



LAMPIRAN BERGAMBAR






Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 11 (SESI PETANG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada 12 Jun 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Cikgu Mawadah.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 11 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Nurlina
  2. Cikgu Norhayati
  3. Cikgu Amirul
  4. Ustazah Fasihah
  5. Cikgu Wan Syafifah Khalilah 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu bertanggunggjawab: Berdisiplin.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 UCAPAN PELANCARAN MINGGU BAHASA

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan program bahasa.  Majlis tersebut telah dikemudi oleh cikgu Iylia.  Beliau memberikan penjelasan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada murid tahap 1 bagi panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan tahniah atas kehadiran murid-murid ke sekolah.
  2. Menjelaskan kepada kepentingan menjaga tingkah laku

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MAWADAH BINTI SHAMSUDDIN,

Ketua Guru Bertugas Minggu 11.



LAMPIRAN BERGAMBAR















Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 10 (SESI PAGI)

  Pada 12 Jun 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan W. Halieza binti W. Mohamad Hanapi.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke-10 persekolahan, iaitu:

  1. Puan W.Halieza
  2. Encik Muhammad Bahij
  3. Encik Mohd Amirul Alkauthar
  4. Puan Nur Syafrida
  5. Cik Siti Mushrifah
  6. Puan Noraziah
  7. Puan Norshahiza

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu ke-10 persekolahan, iaitu Bertanggungjawab : Berdisiplin.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Ucapan Guru Disiplin diteruskan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin dengan menyampaikan beberapa perkara kepada murid untuk diambil perhatian serius, iaitu:

  1. Murid diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan trend terkini di mana-mana platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan lain-lain.
  2. Murid dinasihatkan supaya menjaga lisan daripada mengeluarkan ejekan, makian dan cacian kepada murid lain bagi mengelakkan pergaduhan.


PELANCARAN MINGGU BAHASA

   Majlis diteruskan dengan pelancaran Minggu Bahasa yang diketuai oleh Puan Nurul Amira Hidayah. Beliau menjelaskan kepada semua guru dan murid objektif dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam program ini. 

  

UCAPAN GURU BESAR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan Guru Besar ialah:

  1. Murid diingatkan untuk menjaga kemudahan tandas yang telah dibaik pulih sepenuhnya.
  2. Murid ditegaskan menjaga kelakuan yang boleh membawa kepada pergaduhan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.10 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan disediakan oleh,

W.HALIEZA BINTI W.MOHAMAD HANAPI,
Ketua Guru Bertugas Minggu Ke-10.


Rajah 1 Murid-murid sedang fokus semasa mendengar ucapan yang disampaikan.



Rajah 2 Ucapan daripada Ketua Guru Bertugas Mingguan, Puan W.Halieza.



Rajah 3 Ucapan daripada Guru Disiplin, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin.



  Rajah 4 Pelancaran Minggu Bahasa yang disampaikan oleh Puan Nurul Amira Hidayah.


Rajah 5 Ucapan dan mandat daripada Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin bin Sanuan.



Share:

MAKLUMAN PELANCARAN MINGGU BAHASA SKTPP2 2023/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

 Pelancaran Minggu Bahasa anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris , Panitia Bahasa Arab , Pusat Sumber Sekolah serta AJK MBM dan MBI. 

 Pelancaran dibuat melalui pautan YouTube :https://youtu.be/a_oObvYCwKA 

 Minggu Bahasa berlangsung pada 12 hingga 23 Jun 2023. 

 Pelbagai aktiviti disediakan untuk murid-murid. 

 Diharap semua murid-murid dapat memberikan komitmen kepada aktiviti yang dijalankan.



LAMPIRAN BERGAMBAR
Share:

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL 1 2023/2024


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Makluman cuti sekolah  Penggal 1 selama 10 hari akan bermula dari  27 Mei  sehingga 4 Jun 2023 dan seterusnya cuti sempena Hari Keputraan YDP Agong pada 5 Jun 2023 ( Isnin ). Oleh itu, sesi pembelajaran akan bersambung pada 6 Jun 2023 ( Selasa ).

Selamat bercuti kepada warga SkTPP2.

Share:

Laporan Perhimpunan Minggu ke 7 ( Sesi Pagi )

 Tarikh      : 8 Mei 2023 - 12 Mei 2023


 Nama Guru Bertugas pada minggu ini ialah :- 

1.  Kavita 

2. Zuraini binti Ismail

3. Noraini binti Yusof

4. Farah Hanis binti Ramli

5. Razis

6. Md Suhaidi


Tema: Sopan-santun

Ucapan Pengerisi Majlis. Murid-murid diminta menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu Sekolah.

Ikrar murid.

Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas.


Ucapan Guru Bertugas (Pn. Kavita)
Tema: sopan santun
Pn. Kavita meminta murid-murid menjaga sikap dan sentiasa mengamalkan sikap bersopan santun ketika di sekolah dan di rumah.



Ucapan Guru Disiplin: Cikgu Fakrulrazi Amin
Cikgu Fakhrul menasihati murid-murid supaya menjaga sikap dan tidak menggunakan isu agama semasa bergurau dengan rakan-rakan.

Ucapan Guru Besar.
Guru Besar menasihati murid menjaga kesihatan pada musim panas ini, banyakkan minum air dan elakkan diri berada di tempat yang panas.



Murid mendengar taklimat daripada guru-guru.










Share:

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-6 (Sesi Pagi)

Tarikh: 2 Mei 2023

Tema: Bertanggungjawab- Pengurusan Masa



Guru Bertugas

1. Wan Marhaini binti Wan Muhammad (K)

2. Wan Pakhitah binti Wan Mohamed

3. Norazmah binti Che Omar

4. Mohd Norizi bin Mohamed

5. Siti Norasyeqah binti Besar

6. Noorhisham bin Mohamad


Cuti Umum

1 Mei 2023-Isnin (Hari Pekerja)

3 Mei 2023- Khamis (Hari Wesak)


Aktiviti

1. Tiada aktiviti dijalankan pada minggu ini.

2. Murid belajar di kelas, berkumpul selepas rehat dan mendengar maklumat daripada guru bertugas.

3. Disiplin murid terkawal.








Bacaan Yasin



Share:

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN WESAK 2023


 


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts