JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 12 (SESI PETANG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 19 Jun 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara, dan Ikrar Sekolah yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Cikgu Siti Baizura Binti Saarani.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid nama guru yang bertugas untuk minggu ke 12 persekolahan, iaitu:

  1. Ustaz Yamin
  2. Ustazah Marshida
  3. Cikgu Zauiyah
  4. Teacher Azimah
  5. Teacher Anis

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu nilai bertanggunggjawab: penggunaan gajet mania.  Murid memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Sentiasa menjaga nama baik sekolah dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  2. Mewar-warkan kepada murid berkenaan Pertandingan Mewarna di Putrajaya yang akan berlangsung pada 25 Jun 2023

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

 

Laporan Disediakan Oleh,

SITI BAIZURA BINTI SAARANI,

Ketua Guru Bertugas Minggu 12.



LAMPIRAN BERGAMBAR






Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts