JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 10 (SESI PAGI)

  Pada 12 Jun 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan W. Halieza binti W. Mohamad Hanapi.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke-10 persekolahan, iaitu:

  1. Puan W.Halieza
  2. Encik Muhammad Bahij
  3. Encik Mohd Amirul Alkauthar
  4. Puan Nur Syafrida
  5. Cik Siti Mushrifah
  6. Puan Noraziah
  7. Puan Norshahiza

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu ke-10 persekolahan, iaitu Bertanggungjawab : Berdisiplin.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Ucapan Guru Disiplin diteruskan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin dengan menyampaikan beberapa perkara kepada murid untuk diambil perhatian serius, iaitu:

  1. Murid diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan trend terkini di mana-mana platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan lain-lain.
  2. Murid dinasihatkan supaya menjaga lisan daripada mengeluarkan ejekan, makian dan cacian kepada murid lain bagi mengelakkan pergaduhan.


PELANCARAN MINGGU BAHASA

   Majlis diteruskan dengan pelancaran Minggu Bahasa yang diketuai oleh Puan Nurul Amira Hidayah. Beliau menjelaskan kepada semua guru dan murid objektif dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam program ini. 

  

UCAPAN GURU BESAR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan Guru Besar ialah:

  1. Murid diingatkan untuk menjaga kemudahan tandas yang telah dibaik pulih sepenuhnya.
  2. Murid ditegaskan menjaga kelakuan yang boleh membawa kepada pergaduhan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.10 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan disediakan oleh,

W.HALIEZA BINTI W.MOHAMAD HANAPI,
Ketua Guru Bertugas Minggu Ke-10.


Rajah 1 Murid-murid sedang fokus semasa mendengar ucapan yang disampaikan.



Rajah 2 Ucapan daripada Ketua Guru Bertugas Mingguan, Puan W.Halieza.



Rajah 3 Ucapan daripada Guru Disiplin, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin.



  Rajah 4 Pelancaran Minggu Bahasa yang disampaikan oleh Puan Nurul Amira Hidayah.


Rajah 5 Ucapan dan mandat daripada Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin bin Sanuan.



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts