Kepada,
IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg.Dato / Datin / Tuan / Puan,
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa semua murid warganegara akan menerima bantuan khas
awal persekolahan Tahun 2015 sebanyak RM
100.00 seorang. Bantuan akan diagihkan kepada ibu bapa / penjaga
murid-murid Tahun 2 hingga 6 pada ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Januari 2015
Hari : Khamis
Masa : Sesi 1 ( 11.30 pagi hingga 12.45 tengah hari )
Sesi 2 ( 1.10 petang hingga 2.30 petang )
Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2
3. Syarat
kelayakan bagi murid bukan warganegara
adalah salah seorang ibu/bapa/penjaga
mestilah warganegara Malaysia.
4. Murid Tahun 1 ditangguhkan pemberian RM100 seorang pada satu
masa yang akan diberitahu kelak kerana agihan bantuan adalah berdasarkan
enrolmen murid tahun 2014.
5. Pihak
sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut
ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa kad pengenalan (asal &
salinan) ibu bapa/ penjaga dan salinan surat beranak anak.
No comments:
Post a Comment