JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Perhimpunan Rasmi kali pertama 2015 (sesi pagi)

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Pengurusan Masa.
Seterusnya Guru Disiplin Sekolah Us. Mohd Razis bin Shainisi mengambil alih ucapan dengan mengingatkan para pelajar tentang waktu hadir ke sekolah, potongan rambut dan pemakaian lencana sekolah wajib bagi semua murid.
Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan guru besar En Kamsani bin Sahlan. Beliau mengingatkan tentang beberapa perkara penting. Di antaranya:

  • setiap murid wajib mematuhi peraturan sekolah. 
  • pemakaian t-shirt sukan hanya dibenarkan pada hari yang terdapat waktu PJ sahaja. 
  • Program Maju Diri (PMD) akan dilaksanakan selama 2 hari (Isnin dan Selasa). 
  • Pemakaian tali leher adalah wajib bagi semua pelajar lelaki. 
  • Jadual waktu kelas, misi dan visi sekolah telah ditampal di kelas masing-masing. 
  • Penganugerahan Tokoh Murid akan diberikan semasa Majlis Hari Anugerah, murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu berpeluang untuk menerima anugerah tersebut. 
  • Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan murid yang berjaya kebiasaannya murid yang mendengar nasihat ibubapa dan guru-gurunya.

Share:

1 comment:

norlela said...

Tahniah kpd Ustz Rosmadi sebagai pelopor Laporan Perhimpunan di dlm bog sekolah. Laporan yg bagus

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts