JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Perhimpunan Rasmi Kali Pertama Sesi 2015 (sesi petang)

Perhimpunan rasmi pada petang ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh murid bertugas. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, En Sazali b. Abd Rani yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Pengurusan Masa. Beliau juga turut memperkenalkan guru- guru yang bertugas pada minggu ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai masa interaksi murid- murid terutamanya waktu berkumpul selepas tamat waktu rehat.


Seterusnya Guru Disiplin Sekolah sesi petang En. Kamarulizam b. Ngah mengambil alih ucapan dengan mengingatkan para pelajar tentang peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh sekolah. Beliau turut menyentuh mengenai larangan murid untuk masuk ke bilik- bilik khas d sekolah tanpa kebenaran guru. Selain itu, beliau menasihati murid- murid agar menepati dan menghargai masa. Murid- murid juga dinasihati supaya mengekalkan kebersihan diri dan penampilan murid ke sekolah.


Berikut adalah gambar- gambar yang diambil sekitar Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015 dan hari pertama bagi murid Tahun 1 di SKTPP2.




















































Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts