JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI KETIGA (SESI PAGI)



Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.
Guru bertugas meminta murid-murid menyedekahkan surah Al –Fatihah kepada arwah Cikgu Siti Hajar Bt. Mokri yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8.50 malam semalam. Semoga rohnya arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamin..
Guru bertugas memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. 

1


 Guru-guru tersebut adalah:
 1)      En. Zawadi bin Ali

2     2)      Pn. Salina bt. Hashim
3     3)      Pn. Siti Nora bt. Mohamed Ahyar
4     4)      Pn. Azmani bt. Abdul Halim
Guru bertugas meneruskan dengan menerangkan tema pada hari ini iaitu sayangi diri: disiplin diri. Beliau menerangkan betapa pentingnya disiplin diri kepada murid. Beliau juga menerangkan cara-cara mendisiplinkan diri serta kepentingan mendisiplinkan diri kepada murid.


Guru bertugas meneruskan dengan upacara penyampaian sijil kepada pasukan sekolah yang bertanding dalam kejohanan boling tenpin yang telah diadakan pada 21-22 Januari 2015 bertempat di Bream Bowl, Airport Sport Complex anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang. Pasukan sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan.. berikut adalah nama murid yang terlibat dalam kejohanan tersebut:
1    1)      Muhd Kamal Aizim bin  Kamaruzaman
2    2)      Muhd Syahmi bin mohd Jasri
3    3)      Muhd Izzat Akif bin Sanusi
4    4)      Alif Haiqal bin Azmi.



Perhimpunan pagi diteruskan dengan cikgu Aliza ahad meminta pengawas-pengawas sekolah yang bakal dilantik menjadi ketua pengawas, Penolong ketua pengawas dan biro-biro tertentu tahun 2015 memperkenalkan diri kepada perhimpunan. Mereka terdiri daripada:
1    1)      Muhd Kamal Aizim bin Kamaruzaman
2    2)      Muhd Haikal bin Jamal Zaidi
3    3)      Nur Ain Nisa Bt. Mohammed Feizal
4    4)      Nur Alyaa bt. Mohd Fauzi
5     5)      Ayisy Syahmi bin Abdul Aziz










Perhimpunan pagi diteruskan dengan  guru Disiplin us. Razis mengingatkan murid supaya murid-murid mematuhi segala peraturan sekolah. Terutamanya apabila lagu Negaraku dinyanyikan murid hendaklah berdiri tegak dan menghormati lagu tersebut. Beliau juga mengingatkan supaya murid sentiasa datang sebelum pukul 7.20 pagi.


Perhimpunan pagi diteruskan dengan ucapan daripada Pn Norleala Hashim (GPK HEM). Beliau meminta agar murid-murid mengingati apa yang dipesan oleh guru bertugas dan guru disiplin.Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan boling tenpin sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah. Beliau juga mengucapkan semoga berjaya kepada bakal ketua pengawas, penolong ketua pengawas dan biro-biro tertentu yang akan dilantik pada tahun 2015.Beliau mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan dan kecerian bilik darjah.

Sebagai penutup Tuan guru besar telah menyampaikan hadiah kepada kelas  4UKM yang memenangi kelas paling ceria dan cantik pada bulan januari





Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts