JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KEDUA (SESI PETANG)

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhimpunan mingguanpada petang ini berjalan dengan lancar dan teratur walaupun dalam keadaan mendung. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. berikutnya, Perhimpunan Mingguan disambung dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh tiga orang pengawas bertugas. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Patuhi peraturan. Beliau mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah serta memberi kefahaman kepada murid tentang peraturan.

Antara intipati ucapan beliau ialah:

1) Murid dikehendaki untuk memastikan setiap uniform sekolah yang dipakai wajib dilekatkan atau dijahit lencana sekolah
2) murid diingatkan supaya memakai tanda nama sepanjang masa persekolahan.
3) Pengumuman: akan dilangsungkan bacaan selawat sebelum mula sesi persekolahan sempena  Maulidur Rasul 3 Januari 2015 yang lepas.
4) Murid juga diingatkan tentang perubahan waktu kokurikulum bagi murid Tahun 3.
Masa: Rabu
Masa: 9.30pg - 11.45pg.

Majlis Perhimpunan Mingguan diteruskan dengan ucapan guru disiplin sesi petang, En Kamarulizan B. Ngah. Beliau telah menjelaskan salah faham murid berkaitan nama pada kasut. beliau menjelaskan agar setiap kasut murid perlu ditulis nama bagi mengelakkan kasut bertukar terutamanya ketika memasuki pusat sumber sekolah, bilik j-QAF, bilik muzik dan Surau. beliau turut mengingatkan murid agar sentiasa ceria untuk menghadiri sesi persekolahan. Beliau turut mengingatkan murid- murid mengenai tatacara ketika nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya.

Majlis Perhimpunan Mingguan tamat pada jam 6.10ptg seperti yang dijadualkan.

Berikut disertakan nama guru bertugas untuk minggu kedua (19/1/2015- 23/1/2015)
1) EN. MUHAMMAD NAWAWI K
2)PN. JUSLINDA BAKAR
3)PN. TUAN NORHALEZA 
4)PN. MAHALETCHUMY
5)PN. NORAINI BT BAHAROM
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts