Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Majlis Perhimpunan pada pagi yang berbahagia ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Pengerusi majlis bertugas mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah oleh pengawasa bertugas. Seterusnya pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada ketua guru bertugas pada minggu ini iaitu Cik Noraini bt Yusoff.
Cik Noraini bt Yusoff sedang menyampaikan ucapan
Ketua guru bertugas pertama sekali memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini seperti berikut :-
1. En. Rosmadi b. Abd Manaf
2. Pn. Mazilah bt Jamaludin
3. Pn. Lee Sau Mei
4. Pn. Rozlina bt Mustafa
5. Pn. Norizab bt Isa
Sebarang masalah dan kecemasan bolehlah berhubung dengan guru bertugas mingguan.
Seterusnya, ketua guru bertugas mengucapjan tahniah kepada para pemenang dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada hari Sabtu yang lalu. Selain itu, guru bertugas menyambung dengan memberikan penerangan tentang kesan-kesan penyalahgunaan dadah kepada masyarakat dan kesannya juga kepada negara bersempena Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Antaranya ialah mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan, samun, pecah rumah dan kecurian. ia menyebabkan suasana kehidupan dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana adanya kejadian seperti ini yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah. Berdasarkan kajian, didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Hal ini akan menyebabkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat terjejas akibat penglibatan anak muda harapan bangsa ini dalam najis dadah. Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat masalah dadah yang melanda negara.

Ustaz Mohd Razis bin Shainisi menyampaikan taklimat disiplin
Seterusnya, Pn. Norshahiza bt Razali meneruskan majlis perhimpuana dengan penyampaian hadiah kepada pasukan sepak takraw sekolah yang telah memenangi tempat ke-3 dalam MSS peringkat negeri Selangor pada 23-27 Februari 2015. Guru besar telah menyempurnakan pemberian hadiah tersebut.
Pemenang Pertandingan Sepak Takraw MSS Selangor - tempat ke-3
Sebelum perhimpunan berakhir, Puan Siti Hanim bt Sungit (PK Pentadbiran) telah memberikan ucapan mingguannya yang mana beliau telah memperkatakan tentang nilai kualiti seperti penampilan, pertuturan dan adab. Penglibatan dalam sukan tidak boleh ditinggalkan manakala pelajaran pula tidak diabaikan . Selain itu, sekolah akan didatangi oleh pelawat dan murid-murid mestilah memberi salam dan ucapan selamat pagi kepada pelawat yang datang. Setiap kelas akan dijadikan kelas angkat oleh AJK PIBG dan Pentadbir Sekolah dalam menceriakan kelas. Ujian Bulanan 1 akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu untuk Tahun 6 sahaja.
Pn. Siti Hanim bt Sungit menyampaikan ucapan.
Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan surah Al-As.
No comments:
Post a Comment