JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Perhimpunan Mingguan Sesi Petang (Minggu Ke-9)


Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. 

Majlis Perhimpunan pada petang yang berbahagia ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Guru bertugas mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah oleh pengawas bertugas. Seterusnya ketua guru bertugas pada minggu ini iaitu Puan Wan Marhaini Bt Wan Muhammad memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :-


1. Encik Mohd Sazali Bin Abd Rani
2. Puan Faziha
3. Puan Faiza Fitria Bt Che Mat
4. Ustazah Mariam Bt Ibrahim

Sebarang masalah dan kecemasan bolehlah berhubung dengan guru-guru bertugas mingguan.

Puan Wan Marhaini sedang memberi ucapan.

Seterusnya, ketua guru bertugas mengucapkan tahniah kepada para pemenang dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah yang telah diadakan pada hari Sabtu (28 Feb) yang lalu. 

Selain itu, guru bertugas menyambung dengan memberikan penerangan tentang kesan-kesan penyalahgunaan dadah   bersempena Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Antaranya ialah kemerosotan kesihatan fizikal, pelakuan yang ganas, peningkatan kes-kes jenayah seperti mencuri dan merompak serta terdedah kepada penyakit berbahaya seperti kanser, HIV, dan AIDS.

Seterusnya majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan memperkenalkan 7/9 orang guru baharu yang akan berkhidmat di SKTPP2. Semoga dengan kehadiran mereka, SKTPP2 akan terus mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

                                             Guru-guru baharu sedang memperkenalkan diri.

Perhimpunan petang ini diakhiri dengan surah Al-As. Majlis bersurai dan murid-murid pulang dalam pengawasan guru.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts