JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 12 / 2015


LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 12 / 2015
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Majlis perhimpunan pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah serta Lagu Malaysia Berjaya.
Seterusnya bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah oleh pengawas yang bertugas pada minggu ini.

Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Guru Bertugas iaitu Pn. Rahayu binti Ghani. Beliau memperkenalkan barisan guru-guru yang bertugas antaranya :-

1. En. Md. Suhaidi bin Md. Sabar
2. Pn. Siti Raudah Hamid
3. Pn. Nor Syafrida Ibrahim
4. Cik Margerat Ann a/p Arputham

Sekiranya murid-murid menghadapi sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan bolehlah berjumpa dengan guru-guru bertugas tersebut.

Tema pada minggu ini adalah berkaitan Adab Berpakaian. Murid-murid diingatkan sentiasa mematuhi peraturan sekolah iaitu memakai tali leher pada setiap hari Isnin. Antara adab pakaian yang dikupas oleh Pn. Rahayu binti Ghani adalah sentiasa membaca doa setiap kali memakai atau membuka pakaian.Sentiasa mendahulukan  anggota sebelah kanan semasa memakai manakala membuka pakaian dengan mendahulukan anggota sebelah kiri.

UCAPAN GURU BERTUGAS
5 Minit PPDA
Seterusnya program 5 minit PPDA. Guru bertugas membentangkan tentang sejenis dadah iaitu Pil Kuda, ciri-ciri Pil Kuda, isi kandungan serta kesan kepada individu yang menyalahgunakan pil tersebut.
PROGRAM 5 MINIT PPDA

Seterusnya, majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Pembugaran Nilam 2015 yang telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

UCAPAN PENGURUS /PENYELARAS MAJLIS
UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR
GIMIK PERASMIAN
                   
JAWATANKUASA MAJLIS PERASMIAN BERSAMA BARISAN PENTADBIR SEKOLAH
PERSEMBAHAN MURID TAHUN 5
PERSEMBAHAN MURID PRA SEKOLAH

Akhir sekali, majlis penyampaian insentif kepada murid Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A pada Ujian Bulanan 1 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Syabil Azfar Hakim dan adik Alif Haikal dari kelas 6UM. Sesungguhnya kejayaan mereka berdua memberi galakan kepada murid-murid yang lain agar terus berusaha mendapat 5A dan sama merasai insentif tersebut sekiranya berjaya.

ADIK SYABIL AZFAR HAKIM

ADIK ALIF HAIKAL

BERGAMBAR BERSAMA TUAN GURU BESAR, EN. KAMSANI BIN SAHLAN
Dengan berakhirnya majlis penyampaian tersebut, maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini dan disudahi dengan sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Pn. Rahayu binti Ghani

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts