JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Laporan Perhimpunan Mingguan Sesi Pagi (minggu Ke-10)

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Majlis Perhimpunan pada pagi yang berbahagia ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku' ,Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Pengerusi majlis bertugas, Adik Nur Alya bt Mohd Fauzi 6 UM mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah oleh pengawasa bertugas. Seterusnya pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada ketua guru bertugas pada minggu ini iaitu Cik Jagjer Kaur a/p Gurmukh Singh.
Ketua guru bertugas pertama sekali memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini seperti berikut :-
1. En. Ramdani b Md. Yusoff Muhd Suhud
2. Pn. Nadhrah bt Ab Satar
3. Pn. Zaripah bt Ismail
4. Pn. Nasibah bt
5. Pn. Nur Leen bt Ismail
Sebarang masalah dan kecemasan bolehlah berhubung dengan guru bertugas mingguan.

Seterusnya, ketua guru bertugas menasihati murid-murid agar menyanyikan lagu kebangsaan dengan berdiri tegak, tangan di sisi dan penuh semangat. Murid-murid juga dinasihatkan supaya membersihkan kelas masing-masing sebelum bermula seisi pengajaran dan pembelajaran agar dapat belajar dengan suasana yang selesa dan kondusif. Ketua guru bertugas juga memaklumkan kepada murid-murid dan guru-guru bahawa setiap hari Selasa merupakan 'English Day'. Setiap Selasa pagi, guru-guru Bahasa Inggeris akan mengadakan beberapa aktiviti untuk murid-murid selam 5-10 minit. 'English Day' bertujuan untuk memupuk minat di kalangan murid-murid dan guru-guru untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di samping meningkatkan 'speaking skill'.

Ketua guru bertugas juga menyampaikan beberapa info untuk sepanjang minggu ini seperti:-
1) Aktiviti Kokurikulum ditangguhkan pada hari Rabu, 11 Mac 2015, berikutan sekolah agama akan menjalankan peperiksaan.
2) Kelas lonjakan tahun 6 berjalan seperti biasa bagi murid-murid yang tidak terlibat dengan sekolah agama.









Ucapan Ketua guru bertugas minggu ini - minggu ke 8

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan slot pelancaran minggu Matematik dan Sains. Pengacara majis menjemput Pn Syahida bt Ahmad untuk menerangkan perjalanan dan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu Matematik dan Sains dan seterusnya menjemput Pn. Siti Hanim bt Sungit selaku Penolong Kanan Pentadbiran untuk merasmikan pelancaran tersebut. Pn Siti Hanim menerangkan kepentingan matapelajaran Matematik dan Sains untuk murid-murid. Selepas persembahan dari murid-murid prasekolah Pn Siti Hanim dengan itu merasmikan pelancaran minggu Matematik dan Sains dengan lafaz Bismillah.










Pn Syahida bt Ahmad mengacara majlis pelancaran minggu Matematik dan Sains










Persembahan murid-murid prasekolah






































Penolong Kanan Pentadbiran,Pn Siti Hanim bt Sungit, melancarkan minggu Matematik dan Sains


Slot seterusnya diberi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Mustaqiem b Ibrahim mengenai tajuk adab berinteraksi. Beliau menerangkan maksud adab berinteraksi dan kepentingan mempunyai abad semasa berinteraksi dengan rakan, guru, ibubapa dan komuniti sekeliling.













Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Mustaqiem b Ibrahim, menyampaikan slot adab berinteraksi

Perhimpunan bersurai dan murid-murid masuk ke kelas masing-masing untuk sesi  pengajaran dan pembelajaran.
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts