JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 11 - 2015

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat Kembali ke sekolah selepas seminggu sekolah bercuti. Perhimpunan pada minggu ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku ,Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya.Perhimpunan pada minggu ini di pengerusikan oleh Adik Nor Ain Nisa dari kelas 6UM.Guru bertugas pada minggu ini terdiri dari Ustaz Zawadi bin Ali (Ketua),Cikgu Norizi bin Mohamed,Pn Siti Nora bt Mohamed Ahyar dan Pn Salina bt Hashim.Tema Pada Minggu ini adalah berkenaan dengan Adab Makan dan kupasan berkenaan Gejala Penagihan Dadah.Acara perhimpunan pada minggu ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kelas terbersih yang terdiri dari tahun 4,5 dan 6.Kelas Keseluruhan terbersih untuk bulan  ini di menangi oleh kelas 4 UKM guru kelas adalah Pn Fellicia Gatun Majlis di pengerusikan oleh Pn Nadrah bin Abd. Satar .Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan guru disiplin iaitu Yang Berbahagia Ustaz Mohd Razis bin Shainisi yang mengingatkan murid-murid berkenaan tentang adab makan semasa berada di kantin bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak di ingini seperti tercekik ketika makan dan sebagainya.Acara terakhir pada minggu ini adalah ucapan dari Tn Guru Besar En Kamsani bin Sahlan yang memberi ingatan kepada murid-murid berkenaan kebersihan kelas dan kawasan persekitaran yang harus di beri keutamaan.




Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts