JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-30

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Perhimpunan rasmi ini didahului dengan nyanyian, doa dan bacaan ikrar.


Guru bertugas memberi ucapan pada minggu ini yang bertajuk Negaraku Malaysia - semangat patriotik. Semangat patriotik bermaksud semangat cinta akan negara. Ia perlu dipupuk di kalangan murid-murid agar dapat mempertahankan keamanan negara kita daripada dijajah lagi. Ia boleh ditunjukkan melalui berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan, menghormati bendera dan sebagainya.



Ucapan Penyelaras Bulan Kemerdekaan 2015 oleh Pn. Mazilah binti Jamaludin. Sambutan Bulan Kemerdekaan berlangsung selama sebulan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2015. Pelbagai aktiviti dirangka oleh Panitia Kajian Tempatan/Sejarah dengan kerjasama Panitia-panitia lain bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan. Temanya ialah Sehati Sejiwa.


Akhir sekali ucapan oleh Puan Siti Hanim binti Sungit selaku PK Pentadbiran yang menekankan tentang semangat patriotik yang perlu dipupuk di kalangan murid-murid. Seterusnya beliau merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015


Kemudian, penyerahan Bendera Malaysia kepada Guru Besar. Manakala gimik perasmian ialah melepaskan dua ekor burung merpati ke udara sebagai tanda kebebasan. Majlis perasmian Bulan Kemerdekaan diakhiri dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang.


Guru Bertugas Pada Minggu Ini :
1. Pn Mazilah bt Jamaludin
2. Pn Norizan bt Isa
3. Pn Lee Sau Mei
4. Cik Noraini bt Yusoff
5. Cik Nurhidayahni bt Jasni
6. En Rosmadi bin Abd Manaf



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts