Monday, August 24, 2015

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 31



SK Taman Putra Perdana (2), 24 Ogos (Isnin): Pada minggu ke 31, murid SKTPP2 ditekankan tentang amalan nilai murni, terutamanya nilai patriotisme. Nilai ini amat bersesuaian bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Nilai Patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Murid yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri samada dalam akademik mahupun ko-akademik. Justeru itu, Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan yang bertempat di PSS sekolah. Kuiz ini diadakan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan murid tentang Kemerdekaan Negara. 
                                                       
                  
Pn. Zaripah bt. Ismail
                 
      Pada minggu ini,  guru yang bertugas ialah Pn. Zaripah bt. Ismail, Pn Nadhrah bt. Ab Satar, Cik Jagjer Kaur, Cik Siti Mushrifah bt. Ahmad Kamal, dan En. Ramdani b. Mohd Suhud. Murid-murid yang mempunyai masalah bolehlah merujuk kepada guru-guru berkenaan.

                                                En. Rosmadi b. Abd Manaf


         Selain itu, murid dimaklumkan tentang pembukaan rasmi Bilik VLE Frog. Semua murid dijemput untuk menggunakan aplikasi tersebut. Murid juga diingatkan tentang semakan kata laluan mengikut senarai nama kelas tahun lepas. Terdapat tawaran hadiah yang lumayan bagi murid yang banyak melayari aplikasi tersebut. Pengumuman ini telah dibuat oleh En. Rosmadi b. Abd Manaf
      
                                             
              
                     Akhir Perhimpunan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norlela bt. Hasim telah memberi nasihat kepada murid-murid SKTPP2 terutamanya kepada calon UPSR, murid Tahun Enam tentang penjagaan kesihatan. Seterusnya beliau memberi peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah. 


No comments:

Post a Comment