JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE-30

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhimpunan rasmi sesi petang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah, dan Malaysia Berjaya, bacaan doa dan ikrar Rukun Negara serta ikrar murid.

GURU BERTUGAS MINGGUAN 
1. Pn. Faiza Fitria bt Che Mat (K)
2. Pn. Wan Marhaini bt Wan Mohammad
3. En. Mohd Sazali b. Abd Rani
4. Pn. Faziha bt Abdullah
5. Pn. Umi Nazrah
6. Pn. Sulia Syazwani
7. Pn. Mariam
Ucapan guru bertugas

TEMA : SAYANGI NEGARA - SEMANGAT PATRIOTIK
Guru menerangkan maksud semangat patriotik iaitu perasaan cintakan negara. Murid -murid diminta menyayangi negara sendiri. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah semasa menyanyikan lagu Negaraku, dimana murid perlu berdiri tegak sambil menyanyi dengan penuh semangat dan penuh perasaan sayang akan negara.

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2015
Pn. Asniza bt Amirudin memulakan majlis dengan menerangkan bahawa sambutan Bulan Kemerdekaan berlangsung selama sebulan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2015. Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan. Tema Bulan Kemerdekaan tahun ini ialah Sehati Sejiwa.

Pn. Asniza - Pengacara Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2015

Seterusnya, Pn Asniza menjemput murid-murid dari tahun 2 untuk mempersembahkan sajak dalam pelbagai bahasa. Pn. Azlimariah bt Arifin selaku PK Petang seterusnya merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 diikuti dengan penyerahan Jalur Gemilang. Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik membebaskan burung dari sangkar tanda simbolik kemerdekaan. Ahkhir sekali, murid-murid dan guru-guru menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat. 
Persembahan sajak

Penyerahan Jalur Gemilang

Gimik melepaskan burung

Nyanyian Jalur Gemilang
 Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts