JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU KE-29)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perhimpunan rasmi sesi petang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah, dan Malaysia berjaya, bacaan doa dan ikrar Rukun Negara serta ikrar murid.



Guru Bertugas Minggu 29:



1. Cik Mazliyana Amalina Bt Mazlin
2. Cik Monei
3. Puan Normah Bt Shafie
4. Puan Suryanie Bt Hamzah
5. Puan Nur Rahayu Binti Yusof
6. En. Wan Adli B. Wan Deraman

Tema :Seni dan Kebudayaan Melayu
Guru menerangkan tentang jenis-jenis seni dan kebudayaan Melayu yang dipraktikkan dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual seperti mewarna, mengecat, melukis, dan menganyam.

Ucapan Guru Disiplin Petang : En Mohd Kamarulizam Bin Ngah

Antara teguran dan masalah disiplin yang diberi peringatan kepada murid ialah :
A. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Dua orang murid tahun 1 didapati membawa telefon bimbit ke sekolah dan kes ini telah pun diselesaikan.

B. Larangan keberadaan murid di dalam kelas semasa rehat.
Semua murid perlu berada di kantin atau dewan terbuka semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa rehat bagi mengelakkan kes kehilangan barang.

Perhimpunan bersurai tepat jam 6.40 petang.
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts