JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAWATAN KERJA PPD SEPANG KE SKTPP2

       Pada 29 Julai 2016 SKTPP2 telah menerima lawatan kumpulan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang diketuai oleh Tn Hj Khairi bin Bidin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah. Lawatan ini bagi melihat perkembangan dan pembangunan sekolah khususnya memantau dengan lebih dekat lagi persediaan akhir SKTTP2 menerima penjurian Pertandingan Kantin Terbaik Kategori Bandar Peringkat Kebangsaan.
       YDP PIBG turut hadir bersama pengurusan sekolah dalam sesi lawatan ini. Majlis dimulai dengan sesi taklimat kepada semua pegawai oleh pihak sekolah di Bilik Mesyuarat dan sesi kunjungan ke kantin sekolah bagi melihat sendiri persediaan yang dibuat oleh para guru, murid-murid dan pengurusan kantin. Selain itu Pihak PPD Sepang juga dibawa melawat tapak pembinaan surau sekolah yang baru sahaja memulakan pembinaannya.
       Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan. Semoga dengan lawatan pengurusan tertinggi PPD Sepang ini memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada semua warga SKTPP2.













Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts