JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 13 (SESI PETANG)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada 26 Jun 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 5.50  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Cikgu Nurul Aisah.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 13 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Ridzuan
  2. Ustaz Wan Adli
  3. Cikgu Affizah
  4. Ustazah Hamizah
  5. Cikgu Wahida 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu bertanggunggjawab: Rajin.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan program bahasa.  Majlis tersebut telah dikemudi oleh cikgu Anis.  Beliau memberikan penjelasan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu bahasa oleh panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.
  2. Mengucapkan tahniah kepada peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna sempena Hari Pelaut Sedunia.
  3. Merasmikan majlis penutup bulan bahasa dan melaksanakan gimik pelancaran.

PERSEMBAHAN MURID

 Majlis diteruskan dengan persembahan action song dan persembahan magis daripada pemenang pertandingan bulan bahasa panitia bahasa Inggeris.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NURUL AISAH BINTI SURIYAMURNI

Ketua Guru Bertugas Minggu 13



LAMPIRAN BERGAMBAR










Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts