JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 33 (SESI PETANG)

 Pada 20 November 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.15 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 5.30 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perasmian bermula awal kerana perasmian minggu Pusat Sumber Sekolah(PSS).

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu En.Mohd Sharizam b.Razali. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 33 persekolahan, adalah:

  1. Encik Mohd Sharizam
  2. Puan Mariam
  3. Puan Raslinda
  4. Puan Rasina
  5. Puan Faziha
  6. Cik Noor Syazwani

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Budaya Malaysia-Kebanggaan Kita. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.Di samping itu, beliau menegaskan berkaitan budaya yang perlu diteruskan di sekolah seperti memberi salam khususnya kepada guru-guru, perlulah dititikberatkan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya sentiasa menjaga kebersihan di sekolah.
  2. Beliau merasmikan minggu PSS di samping mengingatkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti minggu PSS yang akan dilaksanakan guru sesi petang.

 

UCAPAN WAKIL GURU SEMPENA MINGGU PSS.

Pengawas yang bertugas menjemput wakil guru sempena minggu PSS. Ustazah Mariam selaku juruacara sempena minggu PSS akan bermula pada 20 November 2023 hingga 30 November 2023.

 1.   Beliau menghuraikan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada minggu  PSS.

 2.  Beliau berharap agar dengan adanya akitiviti tersebut, murid-murid akan lebih bersungguh-sungguh dan sedikit sebanyak ianya membantu murid dalam meningkatkan kualiti akademik murid.


Sebelum perhimpunan tamat, majlis diteruskan dengan beberapa persembahan murid seperti syair, sajak dan koir daripada wakil murid sesi petang.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MOHD SHARIZAM BIN RAZALI

Ketua Guru Bertugas Minggu 33



LAMPIRAN BERGAMBAR














 

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts