JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2023 (SESI PETANG)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.

Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 20 November 2023 bersamaan 6 Jamadilawal 1445H yang melibatkan semua pelajar dan guru. Tema 'Kisah Dongeng Melayu'  telah dipilih sebagai tema pada tahun ini. Antara matlamat program ini dijalankan adalah untuk menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

OBJEKTIF
1. Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah.
2. Menarik minat murid supaya rajin membaca.
3. Menjadikan pusat sumber sebagai tempat yang diminati oleh murid-murid untuk mengulangkaji pelajaran, dan tempat untuk murid melakukan pelbagai aktiviti.
4. Melatih para pengawas Pusat Sumber untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
5. Mengeratkan hubungan pengawas sumber dengan murid lain.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
1. Pameran dan Jualan Buku dari BLINK (20/11-22/11/2023) Isnin hingga Rabu (Semua murid SKTPP2)
2. Bengkel Mewarna bersama Uneh (Program bersama BLINK) (20/11/2023) Isnin (Tahun 4, 5,6 dan PPKI)
3. Pertandingan Teka Silang Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Tahun 5
) (Terbuka)
4. Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Tahun 4) (Terbuka)
5. Pertandingan Mencari Maksud Perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ( Tahun 6) (Terbuka)
6. Kuiz PSS Secara atas talian (Tahun 4,5 dan 6 (Terbuka) 
7. Pertandingan Menghasilkan Kulit Buku (Tahun 4,5 dan 6) (Terbuka)
8. Pertandingan ICT (Tahun 4,5 dan 6 (Terbuka) 
9. Peraduan Meneka Jumlah Buku (Tahun 1-6) (Terbuka) 
10. Peraduan Meneka Jumlah gula-gula (Tahun 1-6) (Terbuka) 
11. Kuiz PSS atas talian (Tahun 1-3) (Terbuka) 
12. Kuiz berkaitan dengan ICT ( Tahun 1-3 ) (Terbuka) 
13. Pertandingan Menjawikan Perkataan (Tahun 1-3 ) 
14. Pertandingan Menghasilkan Penanda Buku (Tahun 1) 
15. Pertandingan Membuat Kad Ucapan Untuk Palestin (Tahun 2&3) 
16. Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1) 
17. Pertandingan Bercerita Ringkas Kisah Dongeng (Tahun 2&3) 
18. Pertandingan Nursery Recitation (Tahun 1) 
19. Pertandingan Poem Recitation (Tahun 2) 
20. Pertandingan Spelling Bee (Tahun 3) 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perasmian Minggu Pusat Sumber Sekolah :



Ucapan guru bertugas



Perasmian oleh GPK Petang, Ustaz Md. Noor


Persembahan Murid


Bergambar dengan maskot

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts