JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

EKSPEDISI PENDAKIAN BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT

Pada  9 April 2016 (Sabtu)  Seramai 40 orang murid dan 4 orang guru SKTPP2 telah menyahut cabaran untuk bersama-sama dengan sekolah lain bagi Ekspedisi Pendakian ke Bukit Jugra, Kuala Langat . Ekspedisi Pendakian Bukit Jugra ini adalah anjuran Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam ekspedisi ini adalah SMK Seri Sepang, SMK Sg. Rawang, Sekolah Kiblah, SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2 dan SAAS Kajang.
40 orang murid SKTPP2 adalah mewakili unit badan beruniform sekolah yang terdiri daripada 21 orang Unit Bulan Sabit Merah Malaysia, 8 orang Unit Tunas Pandu Putri, 4 Orang Pengakap, 4 0rang Tunas Kadet Remaja Sekolah dan 3 orang Persatuan Puteri Islam Malaysia. Manakala guru pengiring terdiri daripada cikgu Khairun Nisa Binti Abdul Halim, Cikgu Mohd Norizi Bin Mohamed, Cikgu Md Suhaidi Bin Md Sabar dan Cikgu Norshahiza Binti Razali.. Turut Hadir Penolong Kanan Kokurilum SKTPP2 Pn. Azlimariah Binti Arifin

Perjalanan Ekspedisi:
7.00- Bertolak dari SKTPP2 Ke SK Permatang pasir, Jugra
8.15- Tiba Di lokasi
8.45- Urus Diri
9.00- Taklimat, Sarapan pagi
9.15- Senam Robik
9.30- Agihan Kumpulan
9.45- Ekspedisi Bermula
10.20-Siti Aisyah salah seorang murid SKTPP2 tidak dapat meneruskan ekspedisi kerana penat di bantu oleh paramedik Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk dibawa ke kaki bukit
10.40- sampai di check point 3 (300 kaki)- meranti laut
11.40- sampai di check point 5 (700 kaki)- Kem TUDM
( Tidak dapat sampai ke puncak Jugra kerana puncak yang teratas berada didalam kem)
-rehat
11.50- Bergerak turun ke tapak paragliding
12.00-Pendedahan dan demonstrasi Paragliding
12.30-semua peserta bergerak turun ke tapak letak kereta dikaki bukit Jugra
1.00- Makan Tengah hari
3.15-Tiba di SKTPP2
-Jamuan ringan

Antara gambar-gambar yang sempat diambil

















Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts