JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 13 (SESI PAGI)

TARIKH : 4 April 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. PN. KHAIRUN NISA BINTI ABDUL HALIM
  2. PN. NOR SHAHIDA BINTI IBRAHIM
  3. PN. ALIZA BINTI AHAD
  4. PN. NUR HAFIZAH OTHMAN
  5. EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN
  6. EN. NOORHISHAM BIN MOHAMAD

TEMA :ADAB MENZIARAH

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas minggu ini, Pn. Khairun Nisa menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan tema adab menziarah. Antara kandungan yang disampaikan dalam kemahiran pelajar yang disediakan ialah :-
  • Adab menziarahi kubur - masa yang sesuai, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menziarahi kubur serta bacaan yang sesuai. Petikan dari kisah Rasulullah SAW turut dibacakan.
  • Adab menziarahi orang sakit - masa yang sesuai, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menziarahi orang sakit, serta pertuturan dan doa yang boleh dipohon untuk pesakit.
  • Sebuah buku yang merangkumi adab-adab dan sunnah Rasulullah turut diperkenalkan untuk bacaan tambahan para murid.


5 MINIT AMAT BERHARGA SEKOLAH BEBAS DADAH
Faktor-faktor pengambilan alkohol:
  • pengaruh rakan sebaya
  • pengaruh iklan
  • mudah diperolehi
  • latar belakang keluarga yang bermasalah
  • pengaruh orang terkenal atau mencontohi idola
Majlis diteruskan dengan penyampaian token kebersihan dan keceriaan kelas.
  • terbersih : kelas 6UUM (83%), 5 USM (80%), 4 UUM (87%)
  • kurang bersih : kelas 5 UIAM (62%)

Ucapan Guru Disiplin:
Guru Disiplin En. Mohd Razis bin Shainisi menerangkan tentang maksud 'BULI' di sekolah dan di persekitaran. Beliau juga turut menerangkan tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya murid terlibat dengan kes 'BULI' di sekolah.
       En. Mohd Razis juga menyenaraikan barang-barang dan peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa ke sekolah. Beliau memohon supaya murid sentiasa berterus terang kepada penjaga masing-masing supaya tidak berlaku salah faham antara guru dan ibu bapa.

Ucapan Guru Besar:
       Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan menjelaskan tentang adab ke masjid terutama sekali ketika menunaikan Solat Jumaat. Beliau juga menyelitkan sepotong sabda Rasulullah tentang akhlak ketika mendengar khutbah Jumaat iaitu;
Jika kamu berkata kepada temanmu, “Diamlah” sementara imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, sungguh ia telah berbuat sia-sia.” (Muttafaqun ‘alaihi)

       En. Kamsani menyeru kepada semua murid supaya sentiasa menjaga maruah dan nama baik Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.
       Beliau mengingatkan kepada murid supaya sentiasa menjaga percakapan sesama rakan dan kurangkan mengadu tentang hal-hal yang remeh kepada orang lain supaya tidak tercetus perselisihan faham. Beliau memberi semangat kepada murid untuk menjadi warga yang berjiwa kental dan mempunyai daya tahan di segi spiritual dan rohani.
       Di akhir ucapan beliau, En. Kamsani memaklumkan tentang Penjurian Kantin akan diadakan pada bila- bila masa. Antara pesanan yang disampaikan kepada semua murid ialah;
  • menjaga dan menyiram pokok herba yang telah ditugaskan mengikut kelas.
  • membersihkan meja dan tempat makan murid semasa waktu rehat.
  • memberi salam dengan senyuman dan hormat kepada pelawat yang datang untuk menilai CAFE PUTRA.

Penutup:
Murid bergerak ke kelas masing-masing dalam keadaan teratur dalam barisan.
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts