JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Linus Tahun 2 & 3 2016

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, satu majlis perjumpaan bersama ibu bapa murid linus akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 9 April 2016
Hari    : Sabtu
Masa   : 8.00 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang tahap perkembangan anak masing - masing, terutamanya dalam menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca (literasi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), menulis (literasi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), dan mengira (numerasi).

Perjumpaan ini juga diharapkan dapat memberi ibu bapa sedikit cadangan dan idea bagaimana mereka dapat membantu anak - anak mereka di rumah agar dapat menguasai kemahiran Linus seperti yang digariskan.

Ibu bapa akan diberi taklimat ringkas oleh Penyelaras Linus SKTPP2 dan seterusnya bertemu dengan guru - guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Matematik kelas anak masing - masing untuk mendapat ulasan yang lebih lanjut tentang pencapaian anak mereka.

Untuk makluman, hebahan melalui surat kepada para ibu bapa yang terlibat telah dibuat pada 6 April 2016.

Sekian dimaklumkan. Kerjasama pihak tuan dan puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.




Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts