JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 16 (SESI PAGI)


TARIKH : 25 APRIL 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2

GURU BERTUGAS :
1.         PN. NORAINI BINTI YUSOFF
2.         CIK FELICIA GATUN
3.         CIK NOR SA’ADAH BINTI SABIDIN
4.         PN. MAZILAH BINTI JAMALUDIN
5.         PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
6.         EN. MOHD NORIZI BIN MOHAMED


TEMA : TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA BENDA SEKOLAH


Ucapan ketua guru bertugas


Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, Pn. Noraini binti Yusoff  menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan Tema Tanggungjawab Terhadap Harta Benda Sekolah. Antara kandungan yang disampaikan ialah :-

    1. Cara menjaga harta benda sekolah :

a)    Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat dan teratur.
b)    Setelah menggunakan suatu peralatan, letakkan ke tempat asal dengan baik.
c)    Menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda sendiri.
d)    Bergotong – royong membaik pulih peralatan yang rosak.
e) Jika berlaku kerosakan, laporkan kepada guru berkenaan supaya usaha pembaikan dapat diadakan.

  1. Kebaikan daripada menjaga harta benda sekolah ialah :
a)    Murid akan sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.
b)    Dapat menggunakan peralatan sekolah setiap kali diperlukan.
c)    Dapat belajar dalam keadaan bersih dan selesa.
d)    Keindahan sekolah terpelihara.


Slot 5 Minit Sekolah Bebas Dadah
Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat - Ubatan:

  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu adalah arak.
  2. Alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum.
  4. Ubat – ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Token kebersihan disampaikan oleh Pn. Azlimariah binti Arifin,
Penolong Kanan HEM.

Keputusan Pertandingan Kelas Terbersih Mengikut Aliran:
·                     4 UTM
·                     5 USM
·                     6 UUM




Penyampaian pingat dan sijil oleh En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar kepada murid – murid yang berjaya dalam kejohanan olahraga dan sepak takraw MSSD Sepang.


 Sumbangan kek hari lahir untuk murid - murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari


 Murid - murid diraikan

Majlis Sambutan Hari Lahir:
  • Murid – murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari diraikan bersama – sama bersempena Program Guru Penyayang.

PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

 Pn. Nurhidayahni binti Jasni selaku pengacara majlis
 Pn. Norshahiza binti Razali selaku Penyelaras Minggu Pusat Sumber.


Persembahan ‘story telling’ oleh Adik Haziq Aiman, 5 UM


Gimik perasmian disempurnakan oleh En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar SKTPP2






 Program 10 minit membaca


Ucapan Guru Besar : En Kamsani Bin Sahlan
Antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan sekolah.
  • Murid juga perlu selalu mengamalkan budaya membaca buku.
  • Murid juga diharapkan dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah dengan sebaiknya.



Disediakan oleh,

Pn. Noraini binti Yusoff
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts