JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG 4 APRIL 2016

TARIKH : 4 April 2016 (ISNIN)
MASA : 6.10 PETANG - 6.40 PETANG
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. PN. SURYANIE BINTI HAMZAH
  2. PN. YUZAINISMAR BITI YUSOF
  3. PN. SAERAH BINTI REJELI
  4. EN SAZALI BIN ABD RANI

TEMA :ADAB MENZIARAH

Ucapan Ketua Guru Bertugas:( Pn Suryanie Binti Hamzah )

 Pn. Suryanie  menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan adab menziarah. Antara kandungan yang disampaikan dalam kemahiran pelajar yang disediakan ialah 

1. Berniat yang Baik
  • Apabila seseorang hendak mengunjungi saudaranya, maka yang wajib dilakukan pertama kali adalah mengikhlaskan niat semata-mata hanya karena Allah Ta’ala.
2. Tidak selalu Berkunjung (ziarah) Hingga Berlebihan
  • Jangan selalu sering berkunjung (berziarah) agar orang yang dikunjungi tidak menjadi bosan. 
3. Memilih Waktu yang Tepat untuk Berkunjung.
  • Hendaknya seorang pengunjung memilih waktu yang tepat ketika berkunjung seperti tidak mengunjungi orang lain pada pagi buta, tengah hari ataupun larut malam kerana waktu tersebut merupakan waktu untuk beristirehat. 
4. Menjaga Adab-Adab Isti’dzan (Meminta Izin)
  • Hendaklah menjaga adab-adab beristi’zan (meminta izin). Hal tersebut sangat penting untuk diperhatikan agar tidak melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islami.
5. Menundukkan Pandangan terhadap Privasi Rumah (Anggota Keluarga).
  • Apabila seseorang mengunjungi sebuah keluarga di rumah mereka, maka wajib baginya untuk ghadhdhul bashar(menundukkan pandangan) terhadap privasi (hal-hal yang bersifat pribadi) anggota keluarga mereka. 
6. Tidak Berlama-lama Ketika Berkunjung.
  • Apabila seseorang terbiasa berlama-lama ketika mengunjungi orang lain, maka akan membuat orang yang dikunjungi menjadi bosan, merasa berat, tidak menyukai kunjungannya atau enggan menerima kedatangannya lagi, bahkan bisa jadi dia akan membicarakan tentang keburukan dirinya.


7. Mensyukuri (berterima kasih) kepada Tuan Rumah atas layanan dan Jamuan Mereka.

  • Hendaknya seseorang bersyukur atau berterima kasih atas layanan dan jamuan yang dihidangkan Tuan rumah,



Penyampaian Cenderamata Johan Keceriaan Kelas mingguan
  • Minggu 4 Bulan Mac
    • Tahun 1 - 1 UPM
    • Tahun 2 - 2 UM
    • Tahun 3 - 3 UPM
  • Minggu 5 Bulan Mac
    • Tahun 1 - 1 UPM
    • Tahun 2 - 2 UPM
    • Tahun 3 - 3 UM




Ucapan Guru Penolong Kanan Petang ( En. Farid Anwar bin Shaari )

En Farid Anwar menasihatkan semua murid agar menjaga kebersihan kantin sekolah dan menjaga adab dan peraturan makan dan minum ketika berada di kantin. Murid-murid juga diingatkan agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan agar program keceriaan kantin sekolah berterusan sepanjang tahun. Semua hak milik sekolah adalah tanggungjawab bersama untuk dijaga oleh warga SKTPP2.
Musim panas yang berpanjangan ini, murid-murid dinasihatkan agar minum air kosong secukupnya. setiap murid juga digalakkan membawa bekal air dari rumah, 'Satu murid satu botol air'.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts