Indahnya Syawal di SKTPP2


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 berlangsung dengan meriah sekali. Sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada murid-murid SKTPP2 yang datang dengan warna-warni pakaian raya dan pelbagai juadah raya yang menyelerakan.

Terima kasih kepada para guru yang telah bersedia lebih awal dengan persiapan tempat,pentas dan juadah. PIBG turut sama memeriahkan sambutan dengan kehadiran YDP dan barisan ajk.

Majlis dimulai dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Razis. Kemudian diikuti dengan taklimat dan persembahan guru serta murid yang menghiburkan. Kemuncak kepada sambutan adalah jamuan raya. Semua warga SKTPP2 bergembira menikmati juadah yang disediakan di khemah-khemah yang dikhaskan bagi setiap tahun.

Puas dan seronok jelas terpapar dari riak wajah anak-anak SKTPP2 yang berkunjung dari khemah ke khemah memilih juadah yang berkenan di hati dan berbual mesra bersama rakan-rakan.

Majlis diakhiri dengan bersama-bersama mengemas dan membersihkan kawasan disekeliling dataran. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini serta para ibubapa yang turut menyumbang juadah raya dan air minuman.
















Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG * JUALAN BUKU & ALAT TULIS 23.12.2017-1.1.2018

Total Pageviews

Popular Posts

PAUTAN GURU

 
 
 
 
 
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts