JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM BERSAMA CARRIE JUNIOR (SESI PETANG) 26 JULAI 2016

 Program : Program Bersama Carrie Junior
Tarikh      : 26 Julai 2016
Hari          : Selasa
Masa         : 2.00 petang hingga 3.30


          Pada 26 Julai 2016, Selasa Pasukan Carrie Junior telah mengadakan program promosi bersama murid sesi petang. Pada pukul 2.00 murid berkumpul di dewan terbuka dan ceramah dimulakan.

         Ceramah disampaikan oleh penganjur adalah berkisar tentang cara penjagaan diri khususnya cara membersihkan badan ketika mandi dengan betul. Sabun Mandian Carrie Junior mampu memberikan kesegaran serta kebersihan yang maksimum bagi anak-anak.


          Murid seterusnya, diajar lagu cara membersihkan diri dengan iringan muzik dibantu oleh penganjur. Kemunculan maskot Carrie Junior menghangatkan lagi suasana. Murid sangat terhibur dan bersemangat melakukan nyanyian dan pergerakan yang ditunjukkan.

           Seterusnya, diakhiri dengan pemberian cenderahati berupa sabun dan penanda buku dan sesi ramah mesra bersama maskot. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama maskot. Majlis bersurai pada pukul 3.30







Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts