JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (SESI PAGI)

 Pada 27 Mac 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu kedua persekolahan, iaitu:

  1. Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin
  2. Puan Dania Atieqah
  3. Puan Suzianti
  4. Encik M. Zuhaini
  5. Cik Fauziah
  6. Puan Nurul Amira
  7. Puan Ifahayati

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu kedua persekolahan, iaitu Peraturan Sekolah.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Ucapan Ketua Guru Bertugas Mingguan diteruskan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi dengan menyampaikan beberapa perkara kepada murid untuk diambil perhatian serius, iaitu:

  1. Murid menjaga barang peribadi dengan baik untuk mengelakkan kecurian daripada berlaku apabila murid tiada di dalam kelas.
  2. Murid lelaki wajib memastikan rambut dalam keadaan kemas dan tidak panjang.
  3. Murid wajib sampai ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi dan tidak boleh lewat hadir ke sekolah.
  4. Murid mesti mematuhi etika semasa menyanyikan lagu rasmi dan lafaz ikrar.


UCAPAN WAKIL PENTADBIR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi, Penolong Kanan Pentadbiran SKTPP2.  Antara intipati ucapan PK Pentadbiran ialah:

  1. Memaklumkan kepada murid bahawa minggu kedua ini akan bermula sesi PdPc yang sebenar.
  2. Memastikan murid senantiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima ilmu dan didikan akhlak sepanjang berada di sekolah.
  3. Disiplin perlu senantiasa dijaga dan dipelihara demi kemenjadian murid yang diinginkan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD FAKHRURRAZI AMIN BIN SENIN,
Ketua Guru Bertugas Minggu Kedua.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Pengawas sekolah sedang mengetuai lafaz ikrar


Rajah 2 Murid-murid sedang menadah tangan semasa bacaan doa


Rajah 3 Bacaan doa yang dipimpin oleh pengawas sekolah


Rajah 4 Ucapan Ketua Guru Bertugas, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin


Rajah 5 Ucapan PK Pentadbiran, Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi


Share:

LAPORAN PROGRAM ABC (BAHAGIAN 4)

PROGRAM ABC | 23.03.23 (KHAMIS)


 Aktiviti pagi ini merupakan aktiviti membina menara jambatan di bawah kelolaan Panitia RBT. Murid membawa bahan sendiri dari rumah dan laksanakan secara berkumpulan. Aktiviti ini dipantau oleh guru subjek dan dijalankan selama sejam setengah.



  Kemudian, aktiviti seterusnya ialah aktiviti melukis poster Siapa Saya? di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Seni Visual. Aktiviti dilaksanakan secara individu dan selama sejam setengah.




Selepas rehat, murid diberi lembaran aktiviti kerja di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Maze dan Mari Teropong.

Sumber lembaran kerja: Facebook



PROGRAM ABC | 24.03.23 (JUMAAT)

Pada hari Jumaat, program yang berlangsung ialah program Ahlan Ya Ramadan di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah solat dhuha, bacaan yassin dan ceramah Ramadan.

Selepas rehat, aktiviti permainan 3 Bahasa dilaksanakan. Aktiviti ini dibawah gabungan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Murid dikehendaki membawa tanah liat dari rumah sebagai bahan utama aktiviti.






Share:

LAPORAN PROGRAM ABC (BAHAGIAN 3)

 PROGRAM ABC | 22.03.23 (RABU)

Pada waktu pagi sebelum rehat, aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Faiz dan Cikgu Fakhrurrazi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan dan permainan. Murid berasa sangat seronok dan aktiviti dilaksanakan di dataran perhimpunan. Semua murid perdana, PPKI dan prasekolah serta guru-guru terlibat.








 Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan sukaneka dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tahun 4, Tahun 5 dan murid PPKI terlibat dalam sukaneka manakala murid Tahun 6 menyertai sukan bola tampar. Kesemua acara dilaksanakan di dataran perhimpunan.





 Selepas rehat, aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti ‘Science Is Fun’ di bawah kelolaan Panitia Sains. Aktiviti dijalankan mengikut tahun di kelas masing-masing. Murid-murid membawa bahan sendiri dan laksanakan aktiviti secara berkumpulan. Murid sangat seronok kerana mereka dapat bereksperimentasi bersama rakan-rakan.











Share:

LAPORAN PROGRAM ABC (BAHAGIAN 2)

 PROGRAM ABC | 21/3/23 (SELASA)

Pada 21 Mac 2023, Program ABC diteruskan lagi dengan aktiviti di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti Kod Rahsia, Jom Teka, Cari Saya dan Cari Perbezaan. Semua aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di bawah bimbingan dan pengawasan guru subjek. Murid-murid diberikan lembaran kerja semua aktiviti yang berkenaan. Lembaran kerja diambil dari perkongsian facebook. Aktiviti aktiviti ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan fokus murid. Saya sertakan di sini lembaran-lembaran kerja yang disediakan.






 Selepas rehat, murid melaksanakan aktiviti di bawah Panitia Matematik iaitu Buku Skrap Bijak Sifir. Aktiviti ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan di mana satu kumpulan terdiri daripada 8 atau 9 orang. Setiap orang perlu menulis dan menghias sifir yang dipilih. Kemudian, guru subjek akan compile dan jadikan ia sebuah buku skrap. Guru Matematik setiap kelas akan menilai buku skrap tersebut dan memberi markah. Aktiviti dilaksanakan selama satu jam setengah. 


 

  Aktiviti seterusnya dikendalikan di bawah Panitia Sejarah. Berikut merupakan aktiviti yang dilaksanakan mengikut tahun dalam kelas masing-masing.






Share:

LAPORAN PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)


  Sepanjang minggu pertama persekolahan (20/3/23 - 24/3/23), program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) telah dilaksanakan. Program ini sejajar dengan aspirasi tujuh hala tuju yang menjadi tunjang KPM, iaitu menekankan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama semua Panitia.

 



  Pada hari Isnin (20/3/23), guru Bimbingan dan Kaunseling telah memberi taklimat kepada murid murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini. Program ABC dimulakan dengan aktiviti gotong royong menceriakan kelas. Guru kelas dan murid-murid bekerjasama membersihkan dan menceriakan kelas. Ini secara tidak langsung, guru kelas boleh buat sesi suai kenal dengan murid-murid memandangkan murid murid telah dirombak secara keseluruhan. 

  Selepas rehat, guru pembantu sementara masuk ke dalam kelas untuk menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu lembaran kerja permainan visualisasi dan puzzle. Murid sangat seronok melaksanakan aktiviti-aktiviti ini kerana aktiviti sangat mencabar, tiada klu yang diberikan dan murid boleh berfikir dengan kreatif. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana memberi kerjasama yang baik dalam membimbing murid-murid sepanjang program ABC pada bari ini.






Share:

LAPORAN PROGRAM AHLAN YA RAMADAN 1444H

  Pada 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H, hari Jumaat yang mulia telah berlangsungnya satu program yang direncanakan oleh Panitia Pendidikan Islam, iaitu Program Ahlan Ya Ramadan.  Program ini bermula tepat pada jam 7.45 pagi di dataran perhimpunan dan dewan terbuka SKTPP2.

 Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Amirul Alkauthar Bin Mohd. Khalid. Majlis bacaan Yasin ini turut disertai oleh barisan pentadbir, guru-guru serta melibatkan semua murid PPKI dan murid tahap 2 SKTPP2.

 Tamat sahaja bacaan Yasin pada 8.15 pagi, murid digerakkan naik ke kelas untuk meletakkan beg sekolah mereka dan turun semula ke dataran perhimpunan bagi pelaksanaan acara yang seterusnya, iaitu Solat Sunat Dhuha Perdana.

 Solat Sunat Dhuha secara berjemaah ini telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syazwan Bin Armi, Guru Pendidikan Islam SKTPP2.  Beliau memulakan acara dengan memberikan penjelasan kepada murid-murid berkenaan kaifiyat dan kelebihan solat sunat dhuha yang akan dilaksanakan.

 Sebaik sahaja selesai solat sunat dhuha pada jam 9 pagi, murid ditempatkan di dalam dewan terbuka bagi acara yang seterusnya, iaitu Ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Rosmadi Bin Ab. Manaf.  

 Beliau menyampaikan pengisian berkaitan Ramadan secara santai kepada murid-murid agar mereka mudah memperoleh ilmu, makluman dan kelebihan berkaitan bulan Ramadan dan amalan berpuasa yang sedang mereka jalani bagi tahun 1444H ini.

 Akhirnya, Ceramah Ramadan tamat pada jam 10.10 pagi dan murid-murid kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur dan tersusun.  Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, barisan guru serta murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Laporan Disediakan Oleh,

NORASYEQAH
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP2.


LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan


Rajah 2 Majlis bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Mohd. Amirul Alkauthar 


Rajah 3 Murid-murid bersedia untuk meletakkan semula kotak buku Yasin ke tempatnya


Rajah 4 Barisan pentadbir dan guru yang turut bersama-sama 


Rajah 5 Ustaz Ahmad Syazwan memberikan penerangan berkaitan solat sunat dhuha


Rajah 6 Murid-murid bersedia untuk menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah


Rajah 7 Keadaan semasa murid-murid sedang menunaikan solat


Rajah 8 Ceramah Ramadan yang berlangsung di dewan terbuka 


Rajah 9 Ustaz Rosmadi menyampaikan ceramah secara santai


Rajah 10 Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Rosmadi



Share:

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEMPENA RAMADAN 1444H

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan satu program bersempena bulan Ramadan 1444H ini, iaitu Program Tadarus Al-Quran.

 Program ini melibatkan semua murid Islam Tahap 2. Program ini dilaksanakan sepanjang waktu rehat murid dalam bulan Ramadan ini. Program ini diketuai oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah ditetapkan jadual mereka.

 Semoga program ini memperoleh barakah dan mendatangkan manfaat kepada semua warga SKTPP2.

 Sekian, terima kasih.

 Laporan disediakan oleh,

 NORASYEQAH,
 Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP2.

LAMPIRAN BERGAMBAR 

Rajah 1 Ustaz Shafie mengetuai program tadarus bagi murid tahun 5


Rajah 2 Murid tahun 5 memberikan fokus sepanjang program


Rajah 3 Program tadarus yang turut melibatkan murid tahun 4


Rajah 4 Ustaz Amirul mengetuai tadarus murid tahun 4




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts