JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PROGRAM AHLAN YA RAMADAN 1444H

  Pada 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H, hari Jumaat yang mulia telah berlangsungnya satu program yang direncanakan oleh Panitia Pendidikan Islam, iaitu Program Ahlan Ya Ramadan.  Program ini bermula tepat pada jam 7.45 pagi di dataran perhimpunan dan dewan terbuka SKTPP2.

 Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Amirul Alkauthar Bin Mohd. Khalid. Majlis bacaan Yasin ini turut disertai oleh barisan pentadbir, guru-guru serta melibatkan semua murid PPKI dan murid tahap 2 SKTPP2.

 Tamat sahaja bacaan Yasin pada 8.15 pagi, murid digerakkan naik ke kelas untuk meletakkan beg sekolah mereka dan turun semula ke dataran perhimpunan bagi pelaksanaan acara yang seterusnya, iaitu Solat Sunat Dhuha Perdana.

 Solat Sunat Dhuha secara berjemaah ini telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syazwan Bin Armi, Guru Pendidikan Islam SKTPP2.  Beliau memulakan acara dengan memberikan penjelasan kepada murid-murid berkenaan kaifiyat dan kelebihan solat sunat dhuha yang akan dilaksanakan.

 Sebaik sahaja selesai solat sunat dhuha pada jam 9 pagi, murid ditempatkan di dalam dewan terbuka bagi acara yang seterusnya, iaitu Ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Rosmadi Bin Ab. Manaf.  

 Beliau menyampaikan pengisian berkaitan Ramadan secara santai kepada murid-murid agar mereka mudah memperoleh ilmu, makluman dan kelebihan berkaitan bulan Ramadan dan amalan berpuasa yang sedang mereka jalani bagi tahun 1444H ini.

 Akhirnya, Ceramah Ramadan tamat pada jam 10.10 pagi dan murid-murid kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur dan tersusun.  Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, barisan guru serta murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Laporan Disediakan Oleh,

NORASYEQAH
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP2.


LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan


Rajah 2 Majlis bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Mohd. Amirul Alkauthar 


Rajah 3 Murid-murid bersedia untuk meletakkan semula kotak buku Yasin ke tempatnya


Rajah 4 Barisan pentadbir dan guru yang turut bersama-sama 


Rajah 5 Ustaz Ahmad Syazwan memberikan penerangan berkaitan solat sunat dhuha


Rajah 6 Murid-murid bersedia untuk menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah


Rajah 7 Keadaan semasa murid-murid sedang menunaikan solat


Rajah 8 Ceramah Ramadan yang berlangsung di dewan terbuka 


Rajah 9 Ustaz Rosmadi menyampaikan ceramah secara santai


Rajah 10 Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Rosmadi



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts