JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (SESI PAGI)

 Pada 27 Mac 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu kedua persekolahan, iaitu:

  1. Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin
  2. Puan Dania Atieqah
  3. Puan Suzianti
  4. Encik M. Zuhaini
  5. Cik Fauziah
  6. Puan Nurul Amira
  7. Puan Ifahayati

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu kedua persekolahan, iaitu Peraturan Sekolah.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Ucapan Ketua Guru Bertugas Mingguan diteruskan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi dengan menyampaikan beberapa perkara kepada murid untuk diambil perhatian serius, iaitu:

  1. Murid menjaga barang peribadi dengan baik untuk mengelakkan kecurian daripada berlaku apabila murid tiada di dalam kelas.
  2. Murid lelaki wajib memastikan rambut dalam keadaan kemas dan tidak panjang.
  3. Murid wajib sampai ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi dan tidak boleh lewat hadir ke sekolah.
  4. Murid mesti mematuhi etika semasa menyanyikan lagu rasmi dan lafaz ikrar.


UCAPAN WAKIL PENTADBIR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi, Penolong Kanan Pentadbiran SKTPP2.  Antara intipati ucapan PK Pentadbiran ialah:

  1. Memaklumkan kepada murid bahawa minggu kedua ini akan bermula sesi PdPc yang sebenar.
  2. Memastikan murid senantiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima ilmu dan didikan akhlak sepanjang berada di sekolah.
  3. Disiplin perlu senantiasa dijaga dan dipelihara demi kemenjadian murid yang diinginkan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD FAKHRURRAZI AMIN BIN SENIN,
Ketua Guru Bertugas Minggu Kedua.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Pengawas sekolah sedang mengetuai lafaz ikrar


Rajah 2 Murid-murid sedang menadah tangan semasa bacaan doa


Rajah 3 Bacaan doa yang dipimpin oleh pengawas sekolah


Rajah 4 Ucapan Ketua Guru Bertugas, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin


Rajah 5 Ucapan PK Pentadbiran, Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts