JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 1 (SESI PAGI)

 Pada 20 Mac 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Ustaz Rosmadi bin Ab. Manaf.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan, iaitu:

  1. Ustaz Rosmadi
  2. Ustazah Norbaizura
  3. Cikgu Qadir
  4. Ustazah Norehan
  5. Ustazah Aisyah
  6. Cikgu Nooraliza
  7. Ustazah Murnei

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu pertama persekolahan, iaitu Azam Baharu.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU BESAR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan Guru Besar ialah:

  1. Mengucapkan tahniah atas kehadiran murid-murid ke sekolah.
  2. Menjelaskan kepada murid-murid akan nama kelas mereka yang baharu, iaitu nama-nama bunga.
  3. Memberikan pemahaman yang jelas kepada murid bahawa semua kelas adalah sama dan tiada "streaming" dilakukan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

ROSMADI AB MANAF,
Ketua Guru Bertugas Minggu Pertama.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Suasana sekitar Perhimpunan Rasmi Isnin


Rajah 2 Murid memberikan tumpuan sepanjang perhimpunan berlangsung


Rajah 3 Ucapan Ketua Guru Bertugas, Encik Rosmadi Ab. Manaf


Rajah 4 Barisan pentadbir SKTPP2


Rajah 5 Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin bin Sanuan







Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts